Friday 6 April 2012

Untuk manfaat bersama~~ Part 1

Kali ni, gua nk share hasil kerja kawan gua, Shahril Affenddy, yg berjaya menghasilkan artikel ini, bertujuan utk menyebarkan kpd org ramai tentang kepentingan sunnah2 Nabi s.a.w serta apakah sunnah2 Nabi s.aw.

Artikel ni panjang , so gua post sket2 dulu yer.. Moga kita semua dpt manfaat daripada artikel ni.. InsyaAllah..

Kebaikan Menghidupkan Sunnah

Nabi S.A.W pernah bersabda: “Barangsiapa di akhir zaman yang menghidupkan satu dari sunnahku, maka dia akan dikurniakan pahala seperti mujahid yang berjihad di jalan Allah.”
“Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka dia akan masuk syurga bersamaku.”

Sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak berkata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa yang mengamalkan sunnah, dia akan mendapat dua keuntungan. Apa keuntungan itu?

1. Pahala yang berlipat ganda
2. Keberkatan

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun.”

Hadith yang agung ini menunjukkan keutamaan besar bagi orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W, terlebih lagi sunnah yang telah ditinggalkan kebanyakkan orang. Oleh kerana itu, Imam Ibnu Majah mencantumkan hadith ini dalam kitab ‘Sunan Ibnu Majah’ pada Bab: ‘(Keutamaan) orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W yang telah ditinggalkan (manusia)’.

Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari berkata, “Orang muslim yang paling utama adalah orang yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W yang telah ditinggalkan (manusia), maka bersabarlah wahai para pencinta sunnah (Rasulullah S.A.W), kerana sesungguhnya kalian adalah orang yang paling sedikit jumlahnya (di kalangan manusia)”.


• Faedah-faedah penting yang terkandung dalam hadith ini:

Sunnah Rasulullah S.A.W adalah segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah S.A.W, baik ucapan, perbuatan mahupun penetapan beliau, yang ditujukan sebagai syariat bagi umat Islam.

Erti “menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W” adalah memahami petunjuk beliau S.A.W, mengamalkan dan menyebarkannya di kalangan manusia, serta menganjurkan orang lain untuk mengikutinya dan melarang dari menyelisihinya.

Orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W akan mendapatkan dua keutamaan (pahala) sekaligus, iaitu keutamaan mengamalkan sunnah itu sendiri dan keutamaan menghidupkannya di tengah-tengah manusia yang telah melupakannya. Syaikh Muhammad bih Shaleh Al-Utsaimin Rahimahullah berkata, “Sesungguhnya sunnah Rasulullah S.A.W jika semakin dilupakan, maka (keutamaan) mengamalkannya pun semakin kuat (besar), kerana (orang yang mengamalkannya) akan mendapatkan keutamaan mengamalkan (sunnah itu sendiri) dan (keutamaan) menyebarkan (menghidupkan) sunnah di kalangan manusia.”

Allah memuji semua perbuatan Nabi S.A.W dan menamakannya sebagai “teladan yang baik”, dalam firmanNya, “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikkan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Al-Ahzaab:21).

Ini menunjukkan bahawa orang yang meneladani sunnah Rasulullah S.A.W bererti dia telah menempuh Ash-Shirathal Mustaqim (jalan yang lurus) yang akan membawanya mendapatkan kemuliaan dan rahmat Allah Ta’ala.

Syaikh Abdurrahman As-Sa’di ketika menjelaskan makna ayat di atas, beliau berkata, “Teladan yang baik (pada diri Rasulullah S.A.W) ini yang akan mendapatkan taufik (dari Allah Ta’ala) untuk mengikutinya hanyalah orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan) di hari akhir. Kerana (kesempurnaan) iman, ketakutan pada Allah, serta mengharapkan balasan kebaikkan dan ketakutan akan seksaan Allah, inilah yang memotivasi seseorang untuk meneladani (sunnah) Rasulullah S.A.W .”

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 Cerita Kedai Kopi. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator