Tuesday 22 November 2011

Harimau Malaya!!!!

Hari semalam merupakan final bola sepak SEA Games antara Malaysia vs Indonesia.. Keputusan 90 minit berakhir dengan kedudukan seri 1-1.. Kedudukan masih tidak berubah walaupun masa tambahan diberi.. Hanya sepakan penalti akan membezakan mereka antara pemenang dan pengalah.. In the end, Malaysia memenangi pingat emas sekaligus mempertahankan pingat emas yg dimenangi mereka dua tahun lepas... Syabas dan tahniah Harimau Muda MALAYSIA~

Gambar gua n kwn2 selepas mengetahui kemenangan Malaysia ketika berada di dalam class~

Ini merupakan video kemenangan Malaysia ke atas Indonesia : 




p/s : Akhir kata, tahniah buat Ong Kim Swee, Baddrol Bahtiar and the rest of the team.. We deserved to win the match,, Lg satu, maaf la kalaw bahasa gua guna kali ni baku sangat, gua nak prektis ganti Zainal Abidin Rawop n Hasbullah Awang lepas ni~

Monday 24 October 2011

It's always be ARSENAL. Always~

It was once in a lifetime opportunity.. Yes it was.. Being one of the spectators at Emirates Stadium was my dream since I start supporting Arsenal.. I went to the stadum early because I did not want to miss every single moment watching Arsenal playing at home ground.. The feeling when I enter the stadium was undescribable.. I couldnt express it into words and I suppose my face in the pictures explained that..

It was a convincing win by Arsenal yesterday and I am glad to see them back on track in Barclays Premier League (used to be known as EPL years ago).. Robin Van Persie again became the saviour for Arsenal by his brace although he was on the pitch for only 20 minutes.. Well done RVP.. And Gervinho was absolutely outstanding as he scored one goal before half time and assisted two goals for RVP..

There were a lot of songs sang by the Arsenal fans in the stadium.. Some of them were for Aaron Ramsey, RVP, Arsenal songs.. There was also a song for referee whenever the ref made calls against Arsenal.. The song was like, 'You dont know what you're doing'... Another thing, whenever the opponent players fouled Arsenal players, they said, 'Off, off, off' which means asking for the ref to give red cards to the opposing team..

Overall, it was a great atmosphere in the stadium and I believe, if the fans continue to be like this, Arsenal will succeed to the very end of the league.. Here are some pictures taken :

Underground Station~

The outside crowd~

Loooonggg wayy from Canterbury~

Happy face~


Before the game~

The inside crowd~

Sorry Stoke~

Well done boys~

After the match~

p/s : Great experince, great support from fans, great atmosphere and great match.. Keep it up ARSENAL~

Tuesday 18 October 2011

Bestfriends - Part 3

Kali ni gua nak cter pasal kawan baek gua lagi.. Kenal dari skola rendah, pastu terpisah time skola menengah n terjumpa blk time gua kat IPBA.. Masa tu die kat POLISAS Kuantan.. Die ni kecik je orgnye, dah 22 pn still kecik lagi.. Tapi skang dah besar sket la dari skola rendah.. Mungkin sbb die makan sayur kot..

Die ni mmg baek orgnye, sopan santun ckup, prihatin, caring and byk lagi la sifat mahmudah die.. Lepas jumpa die blk, masa tu kat friendster, gua semakin rapat ngan die.. Masa tu, kalaw gua cuti, mesti ajak die tgk wayang sama2, kluar makan same2, berbuka same2.. Tapi, sejak masing2 dh berpunya dulu, kteorg jarang dh kluar bersama.. Yela, hormat privacy masing2 kan..

Die ni agak garang laa.. Penah skali gua termencarut, (bukan sengaja, 'ter' kan), die mesti sound gua jangan mencarut.. Baek btul die.. Lepas tu, gua puasa mencarut depan die..

Kteorg byk share cter and kdg2 die la pemberi smgt kat gua utk buat itu, ini.. Really good friend of mine...

Weekend lepas telah berlangsungnya majlis pertunangan die.. Gua happy utk die wlupn gua tak dapat dtg.. And in case gua tak dpt dtg majlis kahwin taun depan, gua doakan semuanya berjalan lancar..

Tahniah~

Semoga hubungan akan terus kekal hendaknya.. Tahniah Nurul Fazreen~

p/s : ni yg gua rasa nak bertunang jugak ni.. HAHA~

Thursday 13 October 2011

A poem~

OLD DAYS~

I remember how excited I was,
I remember the first time I reached here,
I remember the smell,
I remember I got lost in the middle of nowhere in Canterbury,
I remember the first time I started my university days,
I remember I remember.

Now,
I miss those moments,
I miss everything when I first came here,
I miss everything.

Sunday 25 September 2011

Final Year in UK~

Last summer gua sudah berakhir... Alhamdulillah, gua dh mengisi last summer gua tu dgn meluangkan masa bersama rakan2 dan keluarga tercinta... Meraikan Aidilfitri bersama rakan2 adalah pengalaman yang takkan dilupakan sbb lepas ni, mmg takde pluang dh nak beraya macam tu lagi.. Lepas ni, masing2 mesti dh berkahwin, beranak-pinak dan bercucu segala bagai...

Meluangkan masa bersama family mmg kenangan yang paling terbaek, lagi2 bila buat Euro trip ngan family.. Kedatangan family gua mewarnai summer gua kali ni... Walaupun singkat kedatangan dorg, tapi gua tetap hargai jasa dorg... Thanks family <3...

Skang, gua di ambang utk start class 3rd year setelah bercuti panjang selama 4 bulan... eh gua ulang lg.. 4 bulan.. Lame gila kot, nak menulis esok, konfem gua suruh kawan sebelah tlg tuliskan sbb dah lupa cara nak menulis.. Maklum la, asyek menaip je sepanjang summer ni...

Sekian.. Kpd rakan2 C1C3, selamat berjuang utk 3rd year ni... Gua doakan kita semua dpt 1st class degree.. Gua amek 2nd upper pun dah okayyy...

Tak lupa juga, kepada kawan2 yg bertunang baru2 ni, gua ucapkan smoga kekal bahagia hendaknye..Kahwin nnt jangan lupa jemput~

Thanks for reading~

Saturday 3 September 2011

Lovely people~

Sedang gua tidak mengharapkan apa2 daripada siapa2, gua menerima kunjungan 3 keping kad raya daripada 3 org rakan2 gua yang paling terbaek.. I didnt expect them to send me those cards.. Gua mmg terharu sangat2 atas ingatan korg kat gua... Salah satu daripada kad2 tu terselit jugak sehelai duit raya.. Jumlahnya biarlah kami je yang tahu... Thanks so much to these three lovely people~ with <3

1st card I received with duit raya~


2nd card~
3rd one~



p/s : I really appreciate these cards and in return, I will give you guys something from UK.. tapi bukan kad raya laa... kad Krismas laa kot~


Wednesday 17 August 2011

Priceless Experience~


Pengalaman Getir Berpuasa Selama Hampir 18jam di Rantauan Pada Musim Panas Sambil Bekerja

Tahun ini merupakan kali pertama kami menyambut kedatangan Ramadhan sepenuhnya di rantauan. Tidak dapat dinafikan bahawa ramadhan kali ini agak mencabar kerana jatuh pada musim panas di mana kami akan perlu berpuasa selama hampir 18jam bermula pada pukul 3.30am hinggalah 8.40pm. Ini merupakan satu pengalaman baru yang amat berharga kerana tidak pernah menahan lapar dan dahaga selama ini sebelum ini di tanah air.

Namun tidak cukup dengan itu, apa yg membuatkan ramadhan ini lebih mencabar adalah kerana saya dan beberapa orang rakan, haikal,izzuddin,faiz,azrul,asyraf,yusry,shy,zuraini,aisyah,fatin,nafisah,sheida,wahidah,syahirah,fiza,muna,yasmin dan ainur telah mengambil peluang untuk bekerja secara sambilan sebagai pencuci di universiti tempat kami belajar sepanjang musim panas ini dan ditambah pula dengan kejadian rusuhan yang melanda England baru baru ini amatlah membuatkan diri ini teruji.  

Sememangnya diakui tidak seperti kebanyakan negara di timur tengah di mana saiz komuniti Islam di sana adalah besar, di Canterbury ini saiz komuniti Islam teramatlah kecil oleh itu suasana ramadhan tidaklah kelihatan begitu meriah disini. Menyedari hakikat ini, kami telah sepakat untuk mengambil peluang memasak secara bergilir gilir dan berbuka puasa secara beramai ramai. Kami juga bertarawih dan bermoreh bersama sama untuk memeriahkan suasana ramadhan disini.
Selain daripada rindukan keluarga dan sanak saudara, tidak dapat dinafikan, kepelbagaian juadah di bazaar ramadhan amatlah dirindui. Pelbagai kuih muih seperti kuih badak,kuih keria,kuih seri muka dan juadah hebat seperti ayam percik,ayam golek dan ikan keli masak lemak cili api kerap menerjah ruang fikiran sehinggakan pada suatu ketika saya menelefon ibu dan ibu saudara bertanyakan resepi dan kami disini bersama-sama cuba sedaya yang termampu untuk menyediakan juadah yang seakan akan sama.  

Apa apapun, pengalaman menempuhi bulan ramadhan dan berhari raya di Canterbury kelak ini akan kekal menjadi pengalaman yang paling berharga dan sememangnya akan diingati sepanjang hayat biarpun terpaksa berjauhan daripada keluarga dan sanak saudara.

Di kesempatan ini kami,penuntut tahun pertama dan kedua di Canterbury Christ Church University, Kent , United Kingdom dan rakan-rakan yang lain ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada pihak penaja iaitu KPM dan semua yang mengenali diri ini..dikesempatan ini juga kami ingin memohon kemaafan yang tidak terhingga daripada keluarga dan sanak saudara kerana kami tidak dapat pulang beraya tahun ini. Makan ketupat jangan dilupa kami semua dirantauan ini..  

p/s : Full credit goes to Mohamad Noh~

Monday 1 August 2011

Ramadhan Kareem~

'Its funny how people in Malaysia are done with sahur, people in UK done with terawikh and people in NY are waiting for our 1st terawikh of the year - (erinyusuf, 31/7/2011) -

p/s : Happy fasting to all Muslims.. moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari sebelum2 ini dan anggap lah ini Ramadhan terakhir kalian.. Dan jangan lupa utk mengisi masa lapang anda dengan membaca kitab suci Al-Quran~

Monday 25 July 2011

Paris Trip 2010

It has been a year that I went to Paris.. At first, it was four of us, but due to some reasons, we were down to three persons to go to Paris.. I was not prepared to go there since I was working at that moment and packing has been my biggest weakness whenever I plan to go somewhere... Eventually, the trip turned out to be a great one and we managed to survive in Paris with only knowing these three French words, 'Bonjour', 'Merci' and 'Au Revoir'...

Upon arriving in Paris, Noh and I did not know where we should be heading to, plus, the French (mostly) do not speak English.. It is because they are proud of their language and they think it is not necessary for them to learn English... Then, we went to the train station and luckily, the ticket seller spoke English very well.. We first headed to Eiffel Tower, most famously known and iconic building in Paris... It was awesome and there were lots of people queueing to get in there.. But we did not go in since the queue was so long until we could not find the end of the queue... If you want to go there, make sure you go at night because it was astoundingly amazing to watch it glimmering... 

Apart from Eiffel Tower, the Louvre, Notre Dame, La Conciergerie are the must-go attractions in Paris... Another thing that is good was, we were lucky to have our hotel next to halal food restaurants... Overall, the trip was awesome and I really miss Paris so much now... 

One thing that caught my attention was, when we were in train in Paris, we saw a Muslim lady was reciting Koran... It astonished me to see her doing that... I was so impressed with her... May Allah bless her...

Here are the pictures :

Eiffel Tower~

The Louvre~

Hard Rock Cafe Paris~

Stadium where France won their World Cup in 1998~



p/s : I will be going to Paris again in this summer, this time with my family~

Thursday 14 July 2011

Arsenal 'bersihkan' Malaysia 4-0~

Kali ni bukan cte pasal #bersih2.0 okay... gua malas nak cte pasal #bersih2.0 ni sbb diri gua sendiri pn tak berapa bersih drpd dosa2, so, gua tinggalkan kes #bersih2.0 kepada org laen utk menilai sendiri...

Arsenal... ye, arsenal club England tu dtg Malaysia bhai aritu... siap buat match lg dengan national team kita... walaupun gua peminat Arsenal daripada zaman Jepun lagi, gua tetap sokong HARIMAU MALAYA lagi.. kalaw semua penyokong Arsenal sokong Arsenal, habis sape nak sokong national team kita kan... tambah2 lagi national team kita tengah meningkat dengan cemerlangnya sekarang...

untuk yg taktaw lagi result Arsenal vs Malaysia semalam, Arsenal mengalahkan Malaysia dengan jaringan 4-0... gua tak sempat tgk match smlm sebab gua membanting empat belas tulang... tapi yg sedih nye, gua ade dengar kura-kura yg kate penyokong Arsenal booo pemain Malaysia.. amboi, hebat sangat ke org yg booo tu.. walau camne pun pasukan negara kita maen, kita mesti la sokong bhai... kalaw bukan kita sokong, sape lagi?? takkan rakyat Papua New Guinea plak nak sokong negara kita kan... tapi gua rasa penyokong Arsenal tu tak sengaja atau baru 1st time masuk stadium tengok, sbb tu die culture shock sket...

On the other side, gua harap booo daripada penyokong Arsenal tu dapat membangkitkan semangat pemain2 HARIMAU MALAYA untuk bangkit selepas ni lawan Liverpool n Chelsea n Singapura (kelayakan Piala Dunia 2014)...

p/s :  semoga HARIMAU MALAYA akan terus bangkit daripada kekalahan semalam dan meneruskan aksi cemerlang lagi.. goodluck kepada K. Rajagobal, Safiq Rahim and the gang... I will always have faith in my national team~

Thursday 23 June 2011

Summer Holiday~

Tahun ni gua bercadang utk tidak pulang ke Malaysia, negara yg terletak di Asia Tenggara (bagi sape2 yg tak kenal Malaysia)... Ade beberapa sebab gua tak balik...

1. Sebab gua nak spend summer gua kat UK.. Kalaw pikir pikir, bila lagi kan nak enjoy summer kat UK ni.. Tahun ni jela nak spend sbb tahun depan gua dan 46 kwn2 gua akan pulang ke Malaysia...

2. Sebab family gua akan datang menjenguk @ melawat gua September nnt... Perghh, yang ni mmg gua tak sabar... Gua pn tak sangka dorg nak dtg sini... Memandangkan family gua nak dtg nnt, gua akan bwk mereka berjalan jalan ke Paris, Prague dan Zurich... 

3. Sebab gua nak kumpul duit (konon2 la).. Gua skang dah start keje iaitu keje sebagai cleaner je... Alhamdulillah, dpt jugak gua keje tahun ni... Bole gua simpan duit before blk Malaysia nnt... Keje cleaner ni takde la susah mane.. Just kena bersihkan bilik, bersihkan toilet, bersihkan dapur.. Jangan salah faham pulak dengan Perhimpunan Bersih tu... Ini bersih laen ok... Gaji cleaner ni mmg mantap r... Sejam dalam 6 pounds something... Sehari 6 jam.. Sebulan mau dapat 800 pounds (RM 4000).. Itu baru gaji cleaner bhai, belum contractor ke, engineer ke, cikgu ke, makcik kantin ke...  Lagi satu, tujuan utama gua keje adalah utk improvekan English gua yg tak seberapa ni... Takkan blk2 Malaysia nnt, speaking gua tercungap2 lagi.. Harap2, gua bole tingkatkan kemahiran English gua sepanjang keje ni..

4. Gua nak merasa puasa kat UK.. Tahun 2009 dulu, masa gua mula2 sampai, sempat la gua puasa seminggu kat sini.. Tapi tu tak mencabar sangat sbb dh hujung2 puasa... Kalaw anda sukakan cabaran macam gua, silalah puasa awal Ramadhan kat UK... Mau 18-19 jam puasa kat sini... Perghh, mmg lame... 

p/s : Itu sahaja buat masa ni... Kpd kwn2 yg blk Msia mahupun sudah blk Msia, selamat bercuti bersama keluarga tercinta.. Kpd rakan2 di Msia yg dah bercuti, spend masa cuti leklok yer.. Jangan bosan2 kat rumah~

Monday 6 June 2011

Gambar-gambar perkahwinan~

Kali ni gua nak post gambar2 perkahwinan antara Faiz n Sheida daripada London ( tmpt dorg akad nikah) hinggalah ke Canterbury (tempat majlis kahwin n sanding diadakan).. Hope u enjoy it...

London :


Pengantin bersama ibu n ibu saudara pengantin perempuan~




Paparazzi~

Paparazzi lagi~

tukang ambil gambar and tukang tengok~



Canterbury :


Hari persandingan~

Pengantin~

Pengapit plak bila lagi??~

Kek 4 tingkat.. amacam??~

tetamu~

tetamu lagi~

Paparazzi~

p/s :  ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada pengantin atas perkahwinan mereka dan jutaan terima kasih juga atas majlis yang diadakan pada 5 june lepas.. semoga pengantin baru akan terus bahagia dan kekal ke akhir hayat.. wishing u both all the best...

Tuesday 31 May 2011

Biggest day of their lives~

Tak sampai 72 jam lagi, dua orang kawan gua bakal melangsungkan perkahwinan.. Ya, kahwin.. Kedua2nya batchmate gua and sebaya ngan gua.. Ini merupakan perkahwinan pertama yang melibatkan sahabat rapat gua... Tahniah gua ucapkan kpd mereka berdua...

Sepanjang pengenalan gua ngan bakal pengantin laki (which was my roommate back in IPBA), die memang seorang yang baik hati, suka tolong orang and pandai berjenaka.. Kadang2, gua rasa die dah layak masuk Maharaja Lawak ganti tempat XN3, Jihan, Man.. Apatah lagi Amir..  Kalaw die bergabung ngan Khalid, mesti lagi best... Lagi 1, die ni rapat ngan mak die.. Gua penah dgr, kalaw perempuan nak cari laki yang bagus, tengok camne laki tu treat mak die.. Jika die treat mak die bagus, maka insyaAllah die akan treat isteri die mcm tu jugak.. Kesimpulan, pembolehubah dimanipulasikan adalah treat mak bagus, pembolehubah bergerak balas ialah treat isteri die bagus.. Tengok, kan dah keluar hipotesis sains form 3 gua...  So, gua percaya bakal pengantin laki ni akan make a good husband and father to his wife and family in future..

Akhir kata dari gua, semoga kalian berdua akan mengecapi kebahagiaan dunia & akhirat.. Semoga hari perkahwinan korang akan berjalan lancar dan semoga kalian berdua kekal bahagia ke anak cucu hendaknya.. Amin...

p/s : jangan tanye bile gua nak kahwin sebab lambat lagi... nahh, lagu untuk bakal pasangan~


Wednesday 11 May 2011

Bestfriends - Part 2

Kali ni cte psl kwn baek gua kat IPBA.. Gua kenal die dr awal2 msuk IPBA lg tp Mac 2009 lah kteowg kenal secara rapat dan rapat dan lbh rapat.. Dia ni nmpk je ganas tp die sbnrnye baek hati dan ganas.. Kalaw maen bola tu, mmg agak kasar la.. Tp standard la maen bola kasar2, kalaw taknak maen kasar2, maen guli @ congkak @ batu seremban la.. Byk gua belajar drpd die ni... Sejak kteowg rapat, die la yg byk bg nasihat @ pepatah @ penjodoh bilangan @ suku kata dan yg serumpun dengannya kpd gua..

Dia ni mmg tmpt gua tabur rahsia2 gua n kteowg byk simpan rahsia masing2... Dia ni snggup teman gua kalaw gua nk pegi jmpe kwn gua @ tlg anta gua... Wlupn die bz, die ttp tlg gua... Lg satu, die ni jenis tak berkira org nya... Kdg2, die payung je makan or rokok gua and bg pnjm motor and keta die...

Akhir kata, thanks a lot bro... Sorry taun lepas dpt jmpe kejap je... Next year, ade rezeki, kite jmpe lg bersama rakan2 seangkatan kite iaitu gori, mark, emy, meso sume... Happy Birthday my bestfriend, Pejal..


Thursday 28 April 2011

Bestfriends - Part 1

Kali ni nak cte pasal kawan gua... gua mmg rapat ngan die kat MRSM Kuala Berang dulu... duduk pun sebelah2 dalam class... sampai taktaw camne nak describe kekariban kami...

Pnh ade satu insiden, ckgu Addmath suruh buat keje... Pastu camne ntah, aku pndg die, die pndg aku... Tgh pandang memandangi tu, ckgu tu tegur 'Eh awk berdua ni kenapa?? Main2 mata plak??'.. Gua n die snyp trus sambil gelak2 kecik lepas tu... *bangang btul*

Lepas tu kteowg ni slalu fight utk dpt markah math lg tggi... Dua2 bersaing secara sehat walafiat...Tapi slalunye die mng la... Gua tak power sgt, stkt tolak tmbh tu, gua bole la...

Lagi 1, kteowg slalu borak psl bola... Die ni pn mmg terer maen bola... Up sket je dari aku... HAHA...

Sblm aku fly dlu, die dtg anta aku kat airport... Wlupn ko dtg lmbt sket, aku ttp hargai kedatangan ko...

Sempena hari jadi ko hari tu, entry ni ditujukan utk ko, Mohd Farid Faiz bin Basir...

p/s : jgn kawen dlu woi... tggu aku blk Msia dulu baru bole kawen... HAHA

Sunday 17 April 2011

Emak

Happy birthday kpd emak gua yg bernama Pn. Zabidah Hazimah bt Haji Abd Rahman...

Semoga mak pjg umur dan murah rezeki...

I love u mak... <3 <3 <3 <3



Tuesday 12 April 2011

Kemon la Haikal, kemon...

I'm not a language person but I'm more to Math...

Sbnr nye, gua bkn la org yg minat sgt bahasa ni.. Gua minat Math lg.. Ini mungkin kerana genetik dari bapak gua... Bapak gua kerja kat sektor kewangan di pejabat kerajaan... Sbb tu gua agak lemah sket dlm bahasa2 ni... Tapi takpe... Gua percaya gua mampu utk menjadi sorg guru bahasa yg bagus...

Dan utk mencapai impian gua tu, gua kne work hard and avoid procrastine dlm membuat keje berkaitan study gua...

Mesti korg pelik knape gua amek jgk course TESL ni pdhal gua suka Math kan?? Sbb gua mmg minat jd cikgu... Lpas SPM dlu, gua jd facilitator kjap n gua rase mcm best je jd cikgu ni... Lagi 1, mesti korg pelik nape gua tak mtk jd cikgu Math je kan?? Gua dlu nak mtk ckgu Math (course PPC - program pelajar cemerlang) tp malangnya, result SPM gua tak membenarkan gua apply PPC.. Sbb tu gua apply TESL ni..

Macam org gle dah.. Gua tnye, gua sndiri jawab...

Moga gua dpt mengharungi lagi dua tahun dlm proses jd cikgu bahasa English ni...

p/s : Off to library~

Sunday 10 April 2011

Holiday gua

Dua minggu lpas, gua start cuti... Tp sblm cuti tu, gua dikunjungi oleh 1) <3 gua 2) 3 org kwn2 baek gua... Thanks for the visit... N thanks to Dyla, Sheida n Faiz aka Pepe for the visit 3 mggu lpas...

Sebermulanya cuti, gua igt nk spend mase kat umah junior gua.. Gua plan nk stay dua mlm camtu je... Tapi, gua kena paksa duduk lame2 ngan dorg... Last2 smpai dua mggu gua duduk ngan dorg... Dorg tu terdiri drpd kalidul mukminin, nik aziz nik atan, shy yg tak brape nak shy, wan aka wen aka when, alif ba ta n bereh yg hebat maen FIFA...

Mase kat umah dorg, gua maen PS3 kalidul mukminin punye...Mcm biase la gua maen FIFA 11... Gua taw maen game bola je... Pastu kteowg maen liga (maen ramai2) tiap2 malam... Tdo takyah cakap la pukul brape kan... Ade satu mlm tu, maen game dr kul 12am smpai 9am... Mmg giler...

Sepanjang gua kat sane, dorg mmg bagus giler layan gua yg OKU sakit kaki ni... Hari2 tlg masakkan utk gua.. Macam anak raja pn ade... Kadang2 tu, dorg sampai nak suapkan gua mase tgh makan tp gua kata, takyah...

Akhir kata, korg mmg terbaek.. Thanks a lot... Skang gua nak siapkan asaimen gua yg dh bersawang tu...

p/s : kalaw aku stay umah korg lame2 nnt, sian korg sbb aku asyek menang je FIFA (kecuali lwn bereh)

Thursday 24 March 2011

The beauty of Islam

Case 1 :


A British man came to Sheikh and asked: Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man? The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth? British man said: Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth. Sheikh replied: our women are queens and queens do not shake hands with strange men~


Case 2:


A guy asked a Muslim, "Why do your girls cover up their body&hair?" The Muslim guy smiled while holding two sweets. He opened the first one & kept the other one closed. He threw the sweets on the dusty floor and asked the guy, "If I ask you to take one of the sweets, which one will you choose?" The guy replied," The covered one!" Then, the Muslim replied," That is how we treat & see our women."


I am proud to be a MUSLIM =)

Sunday 13 March 2011

Long-term Injury

Pd hari Jumaat yg berbahagia lepas, gua bertolak ke Sheffield utk menyertai pertandingan bola sepak antara pelajar2 Msia di UK... Sheffield Malaysian Games diberi name pertandingan itu... Gua tumpang tdo umah senior gua dua malam... Mengikut perancangan, gua main bola hari sabtu n pg ahad tu gua pegi Birmingham utk menonton All England Super Series 2011 final matches... Tapi, malang tak berbau... Gua ditimpa bencana... Gua terpaksa membatalkan hasrat ke Birmingham kerana mengalami kecederaan lutut mase tgh main bola hari sabtu tu...

Camne bole injured?? Ce cter, ce cter... Cter nye camni... Mase 2nd match tu, gua main bola mcm biase la... Tgh2 main tu, gua cuba la utk menyumbat goal dr jarak yg agak impossible utk masuk dengan menggunakan kaki kiri gua which is my weaker foot... Yes, kaki kiri gua... Then, lepas gua sepak bola tu, gua landing la kaki gua atas court bola tu... Pastu, tbe2 ade 'crack' sound kluar dr lutut gua... Gua cuba bgn pastu, tp tak bole lgsg... Gua dh tergolek2 atas court bola tu sambil mengerang kesakitan... Gua dipapah kluar dr court tersebut dan luckily, ade dua org tlg gua... Mase gua dipapah tu, ade org nmpk yg kepala lutut gua dh terkeluar... Gua pn nmpk sket2 tp tak brani nak tgk lame2... Then, dorg papah gua sampai ke reception... Mmg baek gle wlupn kteowg tak knl satu sama lain...

Then gua pegi hospital... Buat X-Ray segala bagai tp doktor bole plak ckp 'it was nothing serious'... Dlm hati gua, WTH takde ape2 serius... Gua takleh jalan kot... Nsb baek dorg bg tongkat n guard utk support lutut gua ni... Doktor tu ckp kpala lutut gua terkeluar n then die termasuk blk... Tp ramai kwn2 gua kata ligamen lutut gua koyak... and dorg kate at least, dua bulan baru sembuh... =(

Skang, gua terpaksa pakai tongkat utk berjalan.. Gua mmg takleh put any pressure kat kaki kiri gua... Ni 1st time gua ditimpa major injury spanjang karier gua main bola...

Ape2 pn, gua rase ni semua dugaan dari Dia utk uji gua... n gua taw gua mampu hadapi semua ni... Akhir kata, gua mintak rakan2 supaya mendoakan gua cepat sembuh... Terima Kasih~

Saturday 5 March 2011

School Experience Part 2

Day 3 - Hari ke3 gua masuk class Year 11 plak.. Lesson pertama dorg was PE (Physical Edu).. Ade maen outdoor, ade indoor.. Gua observe indoor je aritu... Boys maen 'Kabaddi' n girls maen lompat2... Bg yg taktaw 'Kabaddi' tu ape, sila tanye pakcik google.. Gua rase it's quite interesting to discover yg dorg ni maen 'Kabaddi' sbb gua mmg tak terlintas lgsg akan pikir yg dorg maen game mcm ni... Other than PE, gua observe class laen seperti Math, Eng n Travelling & Tourism.. Highlight of the day, aku jumpe cikgu cun... Name die 'Fiona'... Gua dh cair, dh la bau die wangi gle.. Tp nsb baek jumpe die kjap je... Kalaw tak, mmg gua dh mtk facebook, twitter, friendster, myspace die dh...

Day 4 - Observe Year 7.. 1st class was science.. Cikgu yg ajar class tu cikgu Fiona.. Perghh, gua excited gle babi mase tu.. Die mmg bagus gle mengajar.. Students dgr je ckp die.. Gua pn ape lg, ambik pluang usha die lame2... Pastu, ptg tu, kteowg ade session ngan cikgu saiko n international students die.. Kteowg present psl Malaysia tercinta, dorg present psl negara dorg... Yg peliknye, tbe2 muncul pensyarah gua kat situ.. Mane ntah die dtg pn gua taktaw...

Day 5 - Ari last kteowg kat skola tu.. Observed Year 8 plak.. Rupenye dorg ade subjek Drama n Music.. Bagus la subjek2 ni dibuat kalaw students participate or take part.. Tapi dorg ni, bukan amek kesah pn.. Maen2 je dlm class.. Kalaw gua jd cikgu, tak lame budak2 nakal tu duk dlm class..

Rindu nak minum hot chocolate free lg..



p/s : Sebenarnye, gua reka je watak Fiona tu.. Tu semua gua bermimpi di siang hari sbb gua mengantuk... Akhir kata, gua tujukan lagu ni utk cikgu Fiona yg tak wujud tu..


Friday 4 March 2011

School Experience Part 1

Sekali lagi kekuatan diri kami diuji dgn dihantar ke skola2 utk observation... Gua mmg panas ngan pensyarah gua sbb skola gua plg jauh... Depart plg awal, blk plg lmbt dr bdk2 yg dpt skola menengah laen... Ok, tutup cte tu... BTW, name skola gua pegi tu Hugh Christie Technology College...

Day 1 - Met Mr. Howard atau gua panggil die cikgu saiko... Mula2 jmpe, die dah start buat evil laugh die.. Mmg macam haram... Nmpk mcm tukang kebun skola je, pdhal die la org yg in charge utk International Students... Ari pertama gua kne observe Year 9... Class 1st, ade sorg student mcm sial, taknak dgr ckp cikgu... Class 2nd, makin ramai yg sial... Class sterusnye, lg byk yg sialan... Hilang trus respek gua kat org albino putih ni... Ayat keramat cikgu saiko tu 'Pig is the most important animal since the 1890's Industrial Revolution'.. Die siap simpan 300++ cawan yg ade gmbar babi khinzir... FREAK!!!

Day 2 - Observed Year 10 plak.. Bdk2 nakal gile babi... Cikgu mmg mengamuk n tengking2 students tp dorg rilek n cool je mcm aiskrim mat kool n buat bising lagi... Mmg tak reti bahase lgsg... Best part was dorg ade subjek media... Gua masuk class tu n cikgu tu pasang cte James Bond... Time tgk movie jela gua segar-bugar, waktu laen mmg ngantuk mcm haram.. Agaknye haram pun tak ngantuk mcm gua...

Tu diaa cikgu saiko, pakai baju putih tu...


Sorg KPLI (paling kiri sekali), yg lain tu sume buat degree lagi..



Audition nak masuk 'The Apprentice'




p/s : Mohon kawan2 tidak terkeliru dgn Colonel KFC n Cikgu saiko tu sbb dorg mmg kembar terpisah...

Tuesday 22 February 2011

Rambut

Okay guys... Kali ni gua nak cte pasal rambut gua...

Last time gua potong rambut adalah Ogos 2009, sblm pre-departure briefing... Gua taknak potong mula2 tp sbb gua hormat org Kementerian Pelajaran Msia (KPM) kan, gua pn potong la...

pre-departure briefing in August 2009



Stamford Bridge in April 2010




Summer break July 2010

Old Trafford October 2010


Sebelum potong Februari 2011


Selepas setahun stengah gua bertarung dengan rambut ni, akhirnya gua decide utk gunting... Sebab gua dah tak tahan dah.. Rimas.. Nak syampu susah, nak gosok gigi pn tergosok rambut skali, kalaw cuaca windy sket je rambut masuk mulut, nak amek wudhu' pn susah, nak mkn pn tbe2 ade rambut dlm pinggan... Ok yg last tu tipu je... Snang cte, ish mmg susah la... Skang baru la gua rase camne pmpuan hdup ngan rambut pjg...

Lagi satu, mesti ramai tertanya2 mahupun terpinga2 kenapa gua simpan rambut?? Sebabnya, kat UK jela gua bole simpan rambut pjg... Kalaw kat Msia, confirm2 tak bole.. Gua plak bakal guru... So ni la pluang gua nak tgk camne muka gua berambut pjg...



Rambut baru gua.. 


Akhir kata, org laki lbh baik la berambut pendek... Unik mmg unik kalaw rambut pjg tp berambut pendek jauh lagi hensem, tampan, macho, bergaya, mutu dan keunggulan...

Thursday 17 February 2011

ARSENAL 2 - 1 barcelona

Yeah... Smlm telah menyaksikan kemenangan Arsenal ke atas Barcelona yg digelar The Invincibles... The Invincibles ni bermaksud tak penah kalah... FYI, Barcelona adalah second team aku sebab cara dorg maen n Arsenal maen adalah lbh kurang...short pass n laju...

1st half, Arsenal ketinggalan pd minit ke-26 melalui gol David Villa... 2nd half, Arsenal showed their spirit of champion dengan menjaringkan dua gol dalam mase 5 minit... Oh yes, penjaring nya adalah Robin Van Persie and Andrey Arshavin... Van Persie punye gol mmg sgt superb... Kpd yg belum tengok, sila tonton video di bwh...


RVP scored 1st Arsenal goal..


Arshavin celebrated his goal...

The reason gua post mende ni adalah sbb gua mmg excited gle babeng tgk Arsenal mng smlm... Walaupun ade 2nd leg lg, tp mcm member gua Choe (bukan nama sebenar) ckp, skang la mase utk fans Arsenal nak enjoy... Sebab takut 2nd leg nnt takleh nak enjoy dah... Kpd rakan2 gua yg sokong Arsenal seperti Choe, Syzwan, Amca, Zulhilmi, Farees, Zogeng, Nazrey, Qiky, Pa'a, truskan menyokong Arsenal second leg nnt..


 2 - 1

p/s :  Gua tetap sokong Malaysia football team jugak... Jangan anggap gua tak layan bola Msia... Malaysia and Arsenal adalah first team gua...




Wednesday 16 February 2011

Perbezaan UK dan Malaysia tercinta

Assalamualaikum n slmt sejahtera...

Kali ni gua nak cte psl keadaan berada di negara omputih.. 1st of all, gua bukan nak berlagak or tnjuk kerek, but since gua dah blaja kat cni, ape slhnye gua nak cte psl negara org.. kan??

1. Kesedaran sivik

Org UK ni mmg tggi sivik dorg.. kalaw bwk kereta tu, mesti bg laluan kat pejalan kaki eventhough takde traffic light.. Kalaw ade kereta nak kuar dr simpang pn, dorg mesti bg laluan... Berbeza sgt ngan pemandu2 di Msia... Kalaw nak tggu kuar dr simpang tu, mmg lame la... Mau sebatang rokok habis... *Exaggerate*

Lagi satu, umah2 kat cni kebanyakannya takde pintu pagar pn.. Kebanyakan umah bersambung2 je... Tp kalaw kat Msia, kita nak buat pagar tggi2 n ade yg berduri2 lg... Pastu pintu umah siap sliding door lg.. Tp tak semua umah ade sliding door la kan...

2. Nightlife

Anak2 remaja dorg ni suke sgt la pegi clubbing malam2... Pakai taknak pendek plak kan.. Winter2 pn pakai pendek... Haishh.. Tp tu la, clubbing dorg tu bole dianggap tmpt dorg nak melepak n berjumpa kwn2.. Lebih kurang mcm kedai mamak la kalaw kat Msia.. Gua mmg kadang2 tak pnh la pegi clubbing cni..

 Sebenarnya, ade byk lg tp nnt gua sambung.. Walau ape pun, gua tetap syg Malaysia tercinta..

With <3 from Canterbury, Kent...

Terimalah lagu Malaysiaku Gemilang.. and hey, i was there during the 50th Malaysia Independence Day... =D

Monday 14 February 2011

Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

Dulu mase kecik2, gua dihantar blajar mengaji... Mengaji ni bkn bermaksud belajar.. Tapi mengaji Al-Quran @ Iqra' mengikut tajwid2 yg btul... Lepas tu, ade hari Maulidur Rasul, gua n beberapa kwn gua terpilih untuk menyanyi lagu ke nasyid yg bertajuk 'Rasulullah' by Hijjaz.. Dulu kecik2, main nyanyi je lagu tu, but now, aku dh paham mksd lirik2 lagu tersebut n sangat sedih bile terbayang Rasulullah dihina,dikeji dan dimaki.. Semakin gua besar, semakin byk ilmu gua taw psl Islam.. Lagi2 bile berada kat negara org, sbb gua ade byk mase utk berdiskusi n bertukar2 ilmu...

Ade satu cerita psl Nabi dan peminta sedekah yg buta...Peminta sedekah ni tiap2 hari maki, hina Nabi s.a.w.. Tp Nabi s.a.w tak pnh marah die blk, malahan, Nabi s.a.w suapkan mknn kpd peminta sedekah tersebut tiap2 hari.. Selepas Nabi s.a.w wafat, Abu Bakar bertanyakan kepada Aisyah, isteri Nabi s.a.w, apakah perkara yg Nabi s.a.w buat yg belum aku kerjakan.. Aisyah menjawab, satu sahaja iaitu membawa mknn kpd peminta sedekah Yahudi buta.. Lalu Abu Bakar pn pergi ke sane dan menyuap peminta sedekah itu.. Namun, Abu Bakar diherdik.. Peminta sedekah itu bertanya, siapakah kamu.. Abu Bakar menjawab, akulah org biase yg dtg kpdmu... Tapi peminta sedekah itu tahu yg itu bukan org biasa... Peminta sedekah itu berkata, org yg biasa dtg kpdku, akan menghaluskan mknn terlebih dulu n menyuapku.. Abu Bakar menangis dan menerangkan bahawa org biasa dtg itulah Nabi Muhammad s.a.w.. Peminta sedekah itu menangis dan terus mengucap dua kalimah syahadah..

Lihatlah betapa mulianya hati baginda s.a.w...


Sekian untuk hari ini... Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w


Saturday 12 February 2011

Introduction

Assalamualaikum n selamat sejahtera..


1st entry dalam 1st blog gua... Akhirnya, gua ade jgk blog... Dulu duk baca blog org je, skang dh ade blog sendiri... Alhamdulillah...


Ok, firstly, gua pun mcm terkejut gua ade blog sendiri, so kalaw org lain terkejut jgk, gua tak heran la... Gua saje2 je buat blog ni... Peer pressure... Haha


Secondly, gua ingat senang je nk buat blog ni tp rupa2nya, susah jgk la.. Nasib baik ade 'cikgu sementara' yang sanggup mengajar gua edit2 segala bagai... Time kasih cikgu... Wink2..


Lastly, tujuan blog ni sebenarnya untuk meluahkan perasaan gua kat cni... What a blow to my machoness... Apa2 pun, terima kasih kerana membaca...


=)


Terimalah 'Terima Kasih' dari Awie~

 
Copyright 2011 Cerita Kedai Kopi. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator