Thursday 23 June 2011

Summer Holiday~

Tahun ni gua bercadang utk tidak pulang ke Malaysia, negara yg terletak di Asia Tenggara (bagi sape2 yg tak kenal Malaysia)... Ade beberapa sebab gua tak balik...

1. Sebab gua nak spend summer gua kat UK.. Kalaw pikir pikir, bila lagi kan nak enjoy summer kat UK ni.. Tahun ni jela nak spend sbb tahun depan gua dan 46 kwn2 gua akan pulang ke Malaysia...

2. Sebab family gua akan datang menjenguk @ melawat gua September nnt... Perghh, yang ni mmg gua tak sabar... Gua pn tak sangka dorg nak dtg sini... Memandangkan family gua nak dtg nnt, gua akan bwk mereka berjalan jalan ke Paris, Prague dan Zurich... 

3. Sebab gua nak kumpul duit (konon2 la).. Gua skang dah start keje iaitu keje sebagai cleaner je... Alhamdulillah, dpt jugak gua keje tahun ni... Bole gua simpan duit before blk Malaysia nnt... Keje cleaner ni takde la susah mane.. Just kena bersihkan bilik, bersihkan toilet, bersihkan dapur.. Jangan salah faham pulak dengan Perhimpunan Bersih tu... Ini bersih laen ok... Gaji cleaner ni mmg mantap r... Sejam dalam 6 pounds something... Sehari 6 jam.. Sebulan mau dapat 800 pounds (RM 4000).. Itu baru gaji cleaner bhai, belum contractor ke, engineer ke, cikgu ke, makcik kantin ke...  Lagi satu, tujuan utama gua keje adalah utk improvekan English gua yg tak seberapa ni... Takkan blk2 Malaysia nnt, speaking gua tercungap2 lagi.. Harap2, gua bole tingkatkan kemahiran English gua sepanjang keje ni..

4. Gua nak merasa puasa kat UK.. Tahun 2009 dulu, masa gua mula2 sampai, sempat la gua puasa seminggu kat sini.. Tapi tu tak mencabar sangat sbb dh hujung2 puasa... Kalaw anda sukakan cabaran macam gua, silalah puasa awal Ramadhan kat UK... Mau 18-19 jam puasa kat sini... Perghh, mmg lame... 

p/s : Itu sahaja buat masa ni... Kpd kwn2 yg blk Msia mahupun sudah blk Msia, selamat bercuti bersama keluarga tercinta.. Kpd rakan2 di Msia yg dah bercuti, spend masa cuti leklok yer.. Jangan bosan2 kat rumah~

Monday 6 June 2011

Gambar-gambar perkahwinan~

Kali ni gua nak post gambar2 perkahwinan antara Faiz n Sheida daripada London ( tmpt dorg akad nikah) hinggalah ke Canterbury (tempat majlis kahwin n sanding diadakan).. Hope u enjoy it...

London :


Pengantin bersama ibu n ibu saudara pengantin perempuan~




Paparazzi~

Paparazzi lagi~

tukang ambil gambar and tukang tengok~



Canterbury :


Hari persandingan~

Pengantin~

Pengapit plak bila lagi??~

Kek 4 tingkat.. amacam??~

tetamu~

tetamu lagi~

Paparazzi~

p/s :  ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada pengantin atas perkahwinan mereka dan jutaan terima kasih juga atas majlis yang diadakan pada 5 june lepas.. semoga pengantin baru akan terus bahagia dan kekal ke akhir hayat.. wishing u both all the best...

 
Copyright 2011 Cerita Kedai Kopi. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator