Saturday 7 April 2012

Untuk manfaat bersama~~ Part 2

Kepentingan Sunnah Rasulullah
Dari Anas bin Malik R.A katanya, Rasulullah S.A.W telah berkata kepadaku: “Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga!” (Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas R.A bahawa Nabi S.A.W yang berkata: “Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada umatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)

Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah R.A. ada sedikit perbezaan, iaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)
Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadith Marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. bahawa Nabi S.A.W telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerosakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. juga bahawa Nabi S.A.W telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Muslim pula meriwayatkan dari Anas R.A, dari Rasulullah S.A.W katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar R.A cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.
Maka marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah beliau dalam erti kata demi mengejar syafaat Rasulullah.

Bangun Awal Pagi

Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya, ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa :
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami. KepadaNya kami akan dibangkitkan”.

Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan.

Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar merekodkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W:
“Rasulullah S.A.W bangun daripada tidur lalu baginda duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya.”(diriwayatkan oleh Imam Muslim).

Bersiwak

• Sejarah Penggunaan Siwak (Salvadora persica).

Penggunaan alat-alat kebersihan mulut telah dimulai semenjak berabad-abad lalu. Manusia terdahulu menggunakan alat-alat kebersihan yang bermacam-macam seiring dengan perkembangan sosial, teknologi dan budaya. Beraneka ragam peralatan sederhana digunakan untuk membersihkan mulut mereka dari sisa-sisa makanan, mulai dari tusuk gigi, batang kayu, ranting pohon, kain, bulu burung, tulang haiwan hingga duri landak. Di antara peralatan tradisional yang mereka gunakan dalam membersihkan mulut dan gigi adalah kayu siwak atau chewing stick. Kayu ini walaupun tradisional, merupakan langkah pertama transisi/peralihan kepada berus gigi moden dan merupakan alat pembersih mulut terbaik hingga saat ini.

Miswak (Chewing Stick) telah digunakan oleh orang Babilonia semenjak 7000 tahun yang lalu, yang mana kemudian digunakan pula di zaman kerajaan Yunani dan Romawi, oleh orang-orang Yahudi, Mesir dan masyarakat kerajaan Islam. Siwak memiliki nama-nama lain di setiap komuniti, seperti misalnya di Timur Tengah disebut dengan miswak, siwak atau arak, di Tanzania disebut miswak, dan di Pakistan dan India disebut dengan datan atau miswak. Penggunaan chewing stick (kayu kunyah) berasal dari tanaman yang berbeza-beza pada setiap negeri. Di Timur Tengah, sumber utama yang sering digunakan adalah pohon Arak (Salvadora persica), di Afrika Barat yang digunakan adalah pohon limun (Citrus aurantifolia) dan pohon jeruk (Citrus sinesis). Akar tanaman Senna (Cassiva vinea) digunakan oleh orang Amerika berkulit hitam, Laburnum Afrika (Cassia Sieberianba) digunakan di Sierre Leone serta Neem (Azadirachta Indica) digunakan secara meluas di benua India.

Meskipun siwak sebelumnya telah digunakan dalam berbagai macam suku dan budaya di seluruh dunia, namun pengaruh penyebaran agama Islam dan penerapannya untuk membersihkan gigi itu yang paling berpengaruh. Istilah siwak sendiri pada kenyatannya telah dipakai umum selama mana masa kenabian Nabi Muhammad yang memulai misinya sekitar 543 M. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Seandainya jika tidak memberatkan ummatku nescaya akan kuperintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan solat (dalam riwayat lain: setiap kali akan berwudhu’).” Nabi memandang kesihatan dan kebersihan mulut adalah penting, sehingga beliau senantiasa akan menganjurkan pada isterinya untuk selalu menyiapkan siwak untuknya hingga akhir hayatnya.

Siwak terus digunakan hampir di seluruh bahagian Timur Tengah, Pakistan, Nepal, India, Afrika dan Malaysia khususnya di daerah pedalaman. Sebahagian besar mereka menggunakannya kerana faktor budaya dan sosial. Umat Islam di Timur Tengah dan sekitarnya menggunakan siwak minimum 5 kali sehari disamping mereka juga menggunakan berus gigi biasa. Penelitian yang dilakukan oleh Erwin dan Lewis (1989) menyatakan bahawa pengguna siwak memiliki relativiti yang rendah dijangkiti kerosakan dan penyakit gigi meskipun mereka mengambil bahan makanan yang kaya akan karbohidrat.

Morfologi dan Habitat Tanaman Siwak

Siwak atau Miswak, merupakan bahagian dari batang, akar atau ranting tumbuhan Salvadora Persica yang kebanyakan tumbuh di daerah Timur Tengah, Asia dan Afrika. Siwak berbentuk batang yang diambil dari akar dan ranting tanaman arak (Salvadora persica) yang berdiameter mulai dari 0.1 cm sampai 5 cm. Pohon arak adalah pohon yang kecil seperti belukar dengan batang yang bercabang-cabang, berdiameter lebih dari 1 kaki. Jika kulitnya dikelupas berwarna agak keputihan dan memiliki banyak juntaian serat. Akarnya berwarna coklat dan bahagian dalamnya berwarna putih. Aromanya seperti ulaman dan rasanya agak pedas.

Siwak berfungsi mengikis dan membersihkan bahagian dalam mulut. Kata siwak sendiri berasal dari bahasa Arab ‘yudlik’ yang ertinya adalah mengurut (massage). Siwak lebih dari sekadar berus gigi biasa, kerana selain memiliki serat batang yang elastik dan tidak merosakkan gigi walaupun di bawah tekanan yang tinggi, siwak juga memiliki kandungan semulajadi Antimikrobial dan Antidecay System (sistem antipembusuk). Batang siwak yang berdiameter kecil, memiliki kemampuan fleksibiliti yang tinggi untuk menekuk ke kawasan mulut secara tepat dan dapat mengikis plak pada gigi. Siwak juga selesa dan sihat bagi perkembangan gusi.


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2011 Cerita Kedai Kopi. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates WP by Wpthemescreator