Ketika mata dihasut sang hati untuk memulakan sebuah persoalan normal seorang manusia biasa...
Persoalan yang akan memberikan seribu bilah jawapan...
Yang mana akan membuatkan seseorang mudah terluka dengan ketajaman permainan hati....
Namun hasutan itulah yang acap kali sering dipermainkan...
Permainan sang hati ini tidak pernah memenangi sebuah perhubungan..
Namun berkat keikhlasan itu mampu meroboh tembok hati untuk mendapatkan kesucian si permaisuri..
Perihal anak-anak Adam ini telah membuktikan agungnya Taj Mahal kepada permaisurinya..
Bahawa permainan yang dimainkan oleh hati merupakan satu permulaan kepada keagungan perhubungan..
Lalu, engkau meniupkan kelembutan pertuturan dan keikhlasan tingkahmu..
Agar dia tahu yang aku selalu memerhati kesucianmu yang elok terjaga~~
0 comments:
Post a Comment